About Me

My photo
Jelebu Kuala Klawang, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Saya dilahir dan dibesarkan di Kg Ulu Jelebu, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Jelebu kemudian diikuti dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Musa Al-Haj. Berkahwin pada tahun 1999, dengan isteri yang bernama Rusidah Binti Harun dan dikurniakan anak seramai 3 orang. Saya telah dibesarkan dan didedahkan dengan aktiviti hutan sejak dari kecil lagi. Selama lebih dari 5 tahun saya telah mengendalikan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama seperti kem Jati Diri, Kem Motivasi yang turut disertai oleh belia-belia kampong termasuk jugalah belia dari kampong luar dari kawasan Jelebu itu sendiri.,Pelajar-Pelajar dari Universiti, Palapis, TLDM dan sebagainya. Saya juga pernah menjejakkan kaki ke Puncak Gunung Kinabalu dan hampir kesemua gunung di dalam Negeri Sembilan telah saya kunjungi. Saya juga pernah terlibat didalam pasukan penyelamat didalam usahan mereka mencari “ORANG SESAT” dikawasan gunung Telapak Buruk.

Kata-Kata Aluan

Salam sejahtera...
Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian anda melawat blog kami ini. Disini kami menjanjikan anda satu cabaran yang pastinya menjanjikan kepuasan. Bagi yang mana-mana inginkan cabaran dalam kehidupan boleh lah bersama kami menerokai dunia cabaran yang betul-betul akan mencabar mental dan fizikal anda. Pendakian biasanya mengambil masa sehingga 8 jam,iatu 4 jam untuk naik ke atas dan 4 jam untuk kembali ke tapak perkhemahan. Ianya di kendalikan oleh mereka yang telah mahir melakukan aktiviti-aktiviti mendaki ini. Disini anda bukan sahaja boleh mendaki gunung..malah ada pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang menarik menanti anda. Keseronokan pasti akan terasa setelah anda selesai menjalani pendakian ini. Apa tunggu lagi...JOM ke JERAM ENGGANG !!

Informasi Penuh Jeram Enggang

JERAM ENGGANG WATERFALL

Nama Tempat : Jeram Enggang, Kg Ulu Jelebu, Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan

Jarak Perjalanan : 12KM dari Pekan Kuala Klawang.

Masa Perjalanan : 1/2 jam dengan menaiki 4WD (4 x 4)

Laluan : Melalui perkampungan Melayu, Perkampungan Orang Asli, Dusun dan Hutan Semulajadi

Aktiviti : Perkemahan, Berkelah, Menjala di kawasan Jeram, Membuat Unggun Api, Trekking ke Gunung
Telapak Buruk dan juga Trekking ke Air Terjun Jeram Enggang.

Aktiviti Tambahan : Karaoke, Acara Sukaneka, Trek 4 x 4 (Bagi group 4x4), Menikmati buah-buahan tempatan(durian yang baru jatuh dari pokok (mengikut musim)),Belajar mengenali hutan, belajar ikhtiar untuk hidup didalam hutan seperti membina  pondok dari kayu hutan, belajar menyumpit (survivor cara orang asli), mengenali pokok yang boleh diminum airnya dan macam-macam lagi.

Tempat ini sesuai untuk sesiapa sahaja termasuklah bayi yang masih lagi didalam buaian.

Acara perjumpaan yang lazim dilakukan seperti Family Gathering, Reunion, Kelab,Persatuan, Syarikat-Syarikat, Kilang-Kilang, Pejabat dan Hari Keluarga juga boleh di jalankan disini. Ianya dapat membawa kelainan lain dari yang lain.

Tapak Khemah :
Di Bahagian Bawah dikenali sebagai ~ Jeram / Air Terjun 3 Lapis
Di Bahagian Atas dikenali sebagai ~ Jeram / Air Terjun Enggang
Di Bahagian Tengah dikenali sebagai ~ Jeram / Air Terjun Anak Kecil

Makanan juga disediakan oleh pembantu kami iaitu:
* Puan Rudiah Binti Hj Abd Kadir
* Puan Rudiah Binti Mat Nor
(anda tidak perlu risau tentang perut anda kerana semuanya ada di sediakan...heheheh)

Aktiviti seperti sukaneka pula di kendalikan oleh  Encik Kamaruzaman Bin Abd Latip (Orang Belia kwsn)

Pembantu Pengangkutan dikendalikan oleh  Encik Azman Bin Mat Taib dan Encik Azlan Bin Mohd Ali.

Pembantu Arah (Trekking) dikendalikan oleh Encik Ery Hunter berserta dengan yang lain.

Apa Tunggu Lagi...JOM KE JERAM ENGGANG !!


Join Us !

If you want to get off the beaten path for an up-close encounter with the Malaysian jungle, this is the perfect Malaysian adventure tour for you. Our professional guide will lead you into the jungle, past waterfalls and clear mountain streams where you can cool off with a refreshing dip. Your guide will teach you the survival techniques of the Orang Asli, the indigenous inhabitants of Malaysia. In the evening, you’ll pitch your tent and enjoy a simple meal by the campfire as you listen to the sounds of the jungle.

Call us for more info

Pak Long @ Along
H/P: 013-6726779
Email : alongjelebu@yahoo.com