About Me

My photo
Jelebu Kuala Klawang, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Saya dilahir dan dibesarkan di Kg Ulu Jelebu, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Jelebu kemudian diikuti dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Musa Al-Haj. Berkahwin pada tahun 1999, dengan isteri yang bernama Rusidah Binti Harun dan dikurniakan anak seramai 3 orang. Saya telah dibesarkan dan didedahkan dengan aktiviti hutan sejak dari kecil lagi. Selama lebih dari 5 tahun saya telah mengendalikan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama seperti kem Jati Diri, Kem Motivasi yang turut disertai oleh belia-belia kampong termasuk jugalah belia dari kampong luar dari kawasan Jelebu itu sendiri.,Pelajar-Pelajar dari Universiti, Palapis, TLDM dan sebagainya. Saya juga pernah menjejakkan kaki ke Puncak Gunung Kinabalu dan hampir kesemua gunung di dalam Negeri Sembilan telah saya kunjungi. Saya juga pernah terlibat didalam pasukan penyelamat didalam usahan mereka mencari “ORANG SESAT” dikawasan gunung Telapak Buruk.

Kata-Kata Aluan

Salam sejahtera...
Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian anda melawat blog kami ini. Disini kami menjanjikan anda satu cabaran yang pastinya menjanjikan kepuasan. Bagi yang mana-mana inginkan cabaran dalam kehidupan boleh lah bersama kami menerokai dunia cabaran yang betul-betul akan mencabar mental dan fizikal anda. Pendakian biasanya mengambil masa sehingga 8 jam,iatu 4 jam untuk naik ke atas dan 4 jam untuk kembali ke tapak perkhemahan. Ianya di kendalikan oleh mereka yang telah mahir melakukan aktiviti-aktiviti mendaki ini. Disini anda bukan sahaja boleh mendaki gunung..malah ada pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang menarik menanti anda. Keseronokan pasti akan terasa setelah anda selesai menjalani pendakian ini. Apa tunggu lagi...JOM ke JERAM ENGGANG !!

Danau Sisik Emas



Danau Sisik Emas
Di Pinggir Kampung Sawah Raja, Kota, Negeri Sembilan, terdapat satu tempat bernama Danau Sisik Emas. Menurut ceritanya suatu ketika dahulu kawasan tersebut merupakan sebuah danau yang cantik. Airnya jernih dan banyak ikan berkeliaran di dalamnya. Apabila ada pertabalan undang luak Rembau maka Danau Sisik Emas menjadi tumpuan orang ramai. Mereka mengadakan pesta keramaian di tempat tersebut untuk menyambut kedatangan Datuk Undang. Tetapi kini Danau Sisik Emas terbiar dan tidak lagi dipedulikan. Kawasan tersebut telah tumpat dan ditumbuhi semak samun.
Suatu ketika dulu, di sebelah atas Danau Sisik Emas terdapat sebuah kampung bernama Kampung Pelebar. Kerana sesuatu sebab maka Kampung tersebut telah ditinggalkan dan kini cuma tinggal kesan sahaja. Manakala di seberang danau tersebut terdapat sebuah kampung bernama Kampung Sawah raja. Asal kampung itu bernama Sewar Raja iaitu tempat raja mengutip cukai. Menurut ceritanya, cukai di kutip daripada perahu-perahu yang melalui Sungai Rembau yang terdapat di sebelah Danau Sisik Emas.
Pada 8 Februari 1973 Kampung Sawah Raja pernah menggemparkan negara kerana berlakunya peristiwa berdarah yang mengorbankan 9 orang termasuk 3 anggota polis. Kisah yang menyayat hati itu berlaku apabila seorang lelaki iaitu penduduk tempatan bernama Idrus bin Hassan, 67 tahun, yang juga dikenali sebagai Idrus Harimau telah mengamuk dan membunuh penduduk kampung tersebut termasuk anggota polis.
Mungkinkah kejadian tersebut ada kaitannya Dengan Danau Sisik Emas?. Menurut siasatan pihak Polis, Idrus mengamuk kerana permatang sawahnya di robohkan oleh jirannya. Kedudukan sawah milik Idrus berhampiran dengan Danau Sisik Emas. Ada pula yang mengatakan Idrus menuntut ilmu kebatinan dan pernah bertapa di Danau Sisik Emas. Namun cerita yang sebenar kenapa Idrus sanggup mengamuk dengan menggunakan senapang patahnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Berbalik kepada kisah Danau Sisik Emas, menurut ceritanya suatu ketika dahulu ada seorang lelaki bernama Pidano yang berasal dari Minangkabau Sumatera Barat. Dia juga seperti kebanyakan lelaki bangsa Minangkabau, bila sudah dewasa akan keluar dari kampung untuk mencuba nasib di rantau orang. Salah satu tempat yang menjadi pilihan mereka ialah Tanah Melayu.
Setelah lama berjalan akhirnya Pidano sampai di kampung Sawah Raja. Pidano tertarik hati dengan keindahan Danau Sisik Emas yang airnya jernih dan sentiasa berombak. Di dalam danau itu kelihatan ikan-ikan berenang di permukaan air. Lalu Pidano mengambil keputusan untuk menetap di situ. Dia mendirikan sebuah pondok berhampiran dengan Danau Sisik Emas.
Untuk menampung kehidupannya, setiap hari Pidano mengail ikan di Danau Sisik Emas dengan menggunakan sampan. Hasil dari tangkapan ikan tersebut ditukar dengan beras dan garam dari penduduk kampung tersebut. Pidano juga dikatakan seorang pemuda yang lurus dan baik hati. Dia hanya menukarkan ikan hasil tangkapannya dengan secupak beras dan sejemput garam sahaja. iaitu sekadar cukup untuk makanannya pada hari tersebut. Dan esoknya dia akan mengail ikan lagi dan menukarnya lagi dengan secupak beras dan sejemput garam. Walaupun hasil tangkapannya banyak dia tetap menukarkan ikannya dengan secupak beras dan sejemput garam. Sikap Pidano ini menyukakan hati penduduk kampung tersebut.
Danau Sisik Emas dikatakan mempunyai penunggu yang terdiri dari makhluk halus. Penunggu danau itu berasa marah kerana banyak ikan di danau itu dapat dikail oleh Pidano. Pada suatu hari sedang Pidano memancing ikan mata kailnya tersangkut pada sesuatu. Dengan perlahan-lahan Pidano menarik mata kailnya ke atas dan alangkah terkejutnya Pidano bila mendapati mata kailnya tersangkut pada rantai emas.
Pidano dapati rantai emas itu panjang dan tidak putus-putus bila di tarik naik ke dalam perahunya. Maka ketika itu timbul rasa tamak di hati Pidano. Dia ingin cepat kaya dengn penemuan harta karun tersebut. Pidano terus menarik rantai emas sehingga perahunya sarat.
Apa yang sedang dilakukan oleh Pidano di lihat oleh seorang budak lelaki yang sedang berdiri di tepi danau tersebut. Budak itu menyuruh Pidano mengerat rantai emas itu dengan menjeritkan perkataan " Kerat kerat kerat". Namun tidak dipedulikan oleh Pidano. Malah dia semakin tamak dan terus menarik rantai emas itu ke dalam perahunya. Apabila perahu itu berlebih muatan akhirnya karam.
Pidano cuba berenang ke tebing tasik itu namun tidak berdaya. Malah Pidano berasa seperti ada sesuatu yang menariknya ke bawah. Akhirnya dia mati lemas. Penduduk kampung mencari mayat Pidano lalu dinaikkan ke darat dan dikebumikan.
Sejak peristiwa itu penduduk kampung tidak berani memancing ikan di danau tersebut. Ini menyebabkan ikan semakin banyak dan membesar sehingga air danau itu nampak berkilauan akibat sisik-sisik ikan yang berkeliaran dipermukaannya. Apabila hari hampir senja ketika sinar matahari kemerahan di kaki langit maka permukaan tasik itu nampak berkilauan seperti emas lalu mereka namakan Danau Sisik Emas.
Menurut ceritanya lagi, suatu ketika dahulu di tepi danau itu terdapat pinggan mangkuk kepunyaan makhluk halus yang menjaga danau tersebut. Apabila penduduk kampung hendak mengadakan majlis kenduri mereka boleh meminjam pnggan mangkuk itu melalui perantaraan seorang bomoh. Kononnya bomoh itu akan membakar kemenyan di tepi danau lalu menyeru makhluk halus memohon pinjam barang kepunyaannya.
Namun akhirnya makhluk halus itu tidak membenarkan lagi barang-barangnya diambil kerana banyak yang tidak dpulangkan semula oleh peminjam ditempat asalnya. Mana-mana pinggan mangkuk yang pecah tidak diganti. Kerana itu sampai sekarang penduduk kampung tidak dapat meminjam lagi.

Join Us !

If you want to get off the beaten path for an up-close encounter with the Malaysian jungle, this is the perfect Malaysian adventure tour for you. Our professional guide will lead you into the jungle, past waterfalls and clear mountain streams where you can cool off with a refreshing dip. Your guide will teach you the survival techniques of the Orang Asli, the indigenous inhabitants of Malaysia. In the evening, you’ll pitch your tent and enjoy a simple meal by the campfire as you listen to the sounds of the jungle.

Call us for more info

Pak Long @ Along
H/P: 013-6726779
Email : alongjelebu@yahoo.com